Audio Final Fantasy VIII

Seperti siri Final Fantasy yang lain, komposer Nobuo Uematsu menulis dan mengarah bagi runut bunyi Final Fantasy VIII, yang dilancarkan dalam empat cakera padat oleh DigiCube di Jepun, dan oleh Square EA di Amerika Utara. Sebagai tambahan, satu susunan orkestra khas bagi beberapa runut terpilih dari dalam permainan—disusun oleh Shiro Hamaguchi—telah dilancarkan di bawah tajuk FITHOS LUSEC WECOS VINOSEC, serta satu koleksi susunan piano—dimainkan oleh Shinko Ogata—telah dilancarkan di bawah tajuk Piano Collections: Final Fantasy VIII.

Dua skor lagu yang paling terkenal adalah "Liberi Fatali", sebuah lagu koir Latin yang dimainkan semasa permulaan permainan, dan "Eyes On Me", sebuah lagu pop yang menjadi lagu tema utama permainan, dipersembahkan oleh penyanyi China Faye Wong. Lagu tersebut dilancarkan sebagai sebuah single di Jepun dengan jualan sejumlah 400,000 naskhah,[38] menjadikannya sebagai CD muzik permainan video terlaris di sana sebelum pelancaran single "Hikari" oleh Utada Hikaru untuk permainan Kingdom Hearts. "Liberi Fatali" telah dimainkan semasa Sukan Olimpik 2004 di Athens semasa acara renang berirama wanita.[39][40]

Rujukan

WikiPedia: Final Fantasy VIII http://www.next-gen.biz/index.php?option=com_conte... http://www.empirearcadia.com/community/com-016.htm http://www.empirearcadia.com/home.html http://flaregamer.com/b2article.php?p=81&more=1 http://www.gamasutra.com/newswire/news/index199912... http://www.gamespot.com http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://psx.ign.com/articles/070/070170p1.html http://psx.ign.com/articles/071/071008p1.html